Quater 1 Internal Training Pusat Internet Maxis Utara Keusahawanan - Social Media Marketing Training

29 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 & 28 Mac 2021, staf Pusat Internet telah menghadiri PIk Staff Internal Training – Keusahawanan-Social Media Marketing Training yang bertempat di Pusat Internet Komuniti Batas Lintang . Tujuan bengkel ini bagi menambah keyakinan diri dan menyuntik motivasi diri dalam kalangan staf pusat internet dalam menjalankan tanggungjawab di pusat internet. Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkenalkan diri dan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan.

Peserta terdiri daripada staf Pusat Internet Komuniti dari Perlis dan Kedah. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada staff Pusat internet Komuniti bagi memantapkan ilmu keusahawanan dan menggalakkan mereka menceburi bidang ini bagi menambah pendapatan. Antara topik yang ditekankan adalah Social media marketing , Menguasai pelbagai platform digital , Penghasilan foto produk/perkhidmatan, Teknik pemasaran video/live. Selain itu , memberi peluang kepada peserta merancang acara secara berkumpulan dan membuat perbentangan tentang program yang akan dilakukan.Peserta dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari dalam mengendalikan majlis atau program kepada usahawan setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali