Taklimat Pendaftaran Perniagaan Sijil Syarikat Malaysia (SSM)
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2021,Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat kesedaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia Cawangan Perlis. Taklimat tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams) dan dikendalikan oleh Eksekutif dari Seksyen Operasi, SSM Cawangan Perlis, Encik Muhyidin bin Ahmad Zainoden.
Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan. Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online. Encik Muhyidin juga turut berkongsi maklumat berkaitan insentif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diperkenalkan kepada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan secara percuma.
Pihak SSM turut mensasarkan sebanyak 180,000 golongan usahawan dikalangan golongan B40 dan pelajar IPT dapat didaftarkan melalui skim insentif tersebut. EzBiz adalah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: