Kelas Asas ICT dan Microsoft Excel

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2021, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas asas ICT dan Microsoft Excel usahawan PEDi. Kelas yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli dan usahawan PEDi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pago hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai perisian komputer dan cara penggunaannya yang betul serta memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan Microsoft Excel dalam pengurusan perniagaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali