Kelas Microsoft Excel Bahagian III

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2021, kelas Microsoft Excel Bahagian III telah diadakan di Pusat Internet Kg. Surau. Kelas ini adalah sambungan bagi kelas yang terdahulu disertai oleh seorang peserta yang merupakan ahli Pi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu perserta cara membuat jadual yang lebih efektif dan teratur dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Selain itu perserta juga dideahkan kepada cara untuk mengira keseluruhan pendapatan tanpa mengira satu-persatu. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali