Kelas Microsoft Word
13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas Microsoft Word bahagian II dan Taklimat KDB (Buli Siber). Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang merupakan ahli Pi sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Word dalam pengurusan kerja sekolah secara teratur. Pada kali ini peserta di beri latihan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan berkenaan software ini. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Word di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: