Kemaskini Maklumat Murid Kemas
22 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas Website yang merangkumi pengemaskinian maklumat pelajar kepada guru-guru KEMAS dan ceramah advokasi. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang merupakan tenaga pengajar tabika KEMAS sekitar kawasan Kangar dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Website kerajaan untuk diaplikasikan dalam kerja-kerja yg diberikan seperti pengemaskinian maklumat pelajar dan memberi kesedaran tentang keselamatan dalam penggunaan internet. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT namun digunakan secara prihatin dan lebih efisian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: