Taklimat Advokasi Dan PDPA Giatmara Kangar

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2020 jam 2.00 petang hingga 5.30 petang telah berlangsungnya Program Advokasi (Klik Dengan Bijak) dan Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) di Giatmara Kangar khusus untuk pelatih baru sesi 01/2020. Program ini betujuan untuk memberi pendedahan celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), Penipuan Siber dan berkenaan kesedaran perlindungan data peribadi (Akta 709) kepada pelatih baru sesi 01/2020.

Selain itu ia dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang kepentingan dan hak-hak yang perlu seseorang tahu sebelum atau selepas berkongsi data peribadi kepada pihak yang tertentu. Program ini bertujuan menyedarkan komuniti setempat yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia tentang kepentingan mengetahui hak perlindungan data peribadi. Seramai 57 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 3 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali