Advokasi Di Hari Terbuka PI Napoh
21 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2019: telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet Napoh. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Jawatankuasa Setempat. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti deco cake, advokasi, explorace dan photoshoot terbaik dan pelbagai lagi.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Kayu Hitam, Pn Hajah Halimatun Saadiah binti Saad. Program ini juga dihadiri oleh pihak sekolah MRSM kedah. Seramai hamper 200 orang terlibat. Selain itu ,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yang perlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: