ToT-Training Of Trainer: Personal Data Protection Act 2010(PDPA)
30 October 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Oktober 2019 jam 9 pagi hingga 1 petang telah berlangsungnya Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) di Pusat Internet Malaysia Gunung Hilir khusus untuk Pengurus dan Penolong Pengurus daripada Kedah, Langkawi dan Perlis di bawah Maxis. Program ini dijalankan berkonsepkan “ToT” (Training of Trainer) bagi membolehkan Pengurus dan Penolong Pengurus PIM menguasai maklumat asas mengenai kesedaran perlindungan data peribadi (Akta 709) dan seterusnya melaksanakan program lanjutan di Pusat Internet masing-masing.
Program ini bertujuan melatih kumpulan sasaran terutamanya orang awam dan usahawan IKS tempatan yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Internet seluruh Malaysia. Seramai 38 orang telah hadir dalam program ini. Program ini mengambil masa selama 4 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: