Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus

13 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Feb 2019, pihak pengurusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan skim pembangunan kapasiti advokasi untuk sesi pengurus Pusat Internet. Program ini berlangsung di Pusat Internet RPA Arau dan disertai seramai 12 peserta. Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pusat internet kepada penduduk setempat, disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali