Lawatan Usahawan MDPS Ke RS Oyster Mushroom Enterprise
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018 telah berlangsung program mempromosi usahawan dibawah Team MDPS ke RS Oyster Mushroom Enterprise. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan RS Oyster Mushroom dari segi pemasaran dan servis di kedai, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan. Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet 1 Malaysia Maxis Perlis.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: