Kelas Usahawan Primadona Worldwide
02 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Jan 2018, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama dengan pengurusan Primadona Worldwide telah menganjurkan kelas usahawan untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai seramai 11 peserta. Kelas bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk Primadona Worldwide disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: