Kelas Asas ICT Sesi 3
02 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Jan 2018, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas kursus Microsoft Office yang meliputi pembelajaran beberapa jenis aplikasi seperti Microsoft Power Point, word excel dan sebagainya. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 2 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft office dalam pengurusan pekerjaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai..
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: