Kelas Microsoft Microsoft Office
19 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas khusus Microsoft Office yang meliputi pembelajaran beberapa jenis aplikasi seperti Microsoft Power Poin, word excel dan sebagainya. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft office dalam pengurusan perniagaan secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: