Program Mempromosi Usahawan Dibawah Team MDPS (Warong 2 Ringgit Pauh Sanglang)
18 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2017 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS (Warong 2 Ringgit Pauh Sanglang) Program berlangsung di Warong 2 Ringgit Paus Sanglang, Simpang Empat, Perlis. Program ini bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir kira-kira jam 2.30 petang. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok perniagaan disamping menimba sedikit idea dari pengusaha.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu usahawan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk menaiktaraf pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: