Program Bersama Pelajar Khas Sk Kayang
02 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan Program Bersama Pelajar Khas SK Kayang untuk memberi pendedahan berkaitan ICT serta bermain bersama. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 15 orang peserta dan kelas tersebut berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan asas komputer dan tunjuk ajar melalui tayangan video kanak-kanak kepada para peserta bagi merangsang minda serta mendapat pendedahan berkaitan ICT. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: