Program Literasi Komputer Dan Usahawan Giatmara Kursus Masakan Day 4
10 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 March 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus Fashion. Program yang diadakan di bangunan GiatMara ini disertai oleh 20 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari keempat program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: