Program E-Usahawan Mamacare (LPPKN)
08 November 2017 | Aktiviti Terkini07/11/2017: Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis telah berkerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjayakan program Kursus E-Usahawan Mamacare ini. Kursus ini diadakan di PI Pokok Jawi bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus ini mengfokuskan kepada kaedah pemasaran produk atas talian (online). Seramai 15 orang peserta sekitar negeri Perlis terlibat dalam kursus tersebut.
Program ini dibahagikan kepada 4 slot iaitu:
- KDB For Society
- Online Marketing
- Perniagaan Dalam Facebook
- Instagram & Whatsapp
Setiap slot kursus ini disampaikan oleh pengurusan PI Pokok Jawi dan PI Kampung Surau. Peserta diajar bagaimana untuk mendapatkan akaun facebook bagi yang belum mempunyai facebook. Malah peserta turut didedahkan dengan kaedah untuk menulis ayat - ayat bagi mempromosikan produk di atas talian. Hal ini penting bagi menarik minat pelanggan untuk membeli dan menikmati pakej - pakej yang disediakan. Peserta dan pengajar juga membincangkan contoh - contoh ayat yang mempu menarik minat pelanggan. Beberapa perkataan yang menarik turut didedahkan kepada peserta. Selain itu, bengkel ini juga dijalankan untuk mempromosikan kemudahan ICT yang ada di pusat internet, bantuan cara-cara perniagaan untuk usahawan dan kelas ICT. Hal ini dapat membuka minda golongan wanita untuk mendekatkan diri dengan program ICT di PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: