Kelas Microsoft Powerpoint 2013
22 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2017, Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint 2013 dimana peserta telah diajar asas menggunakan Microsot powerpoint dan peserta dikehendaki untuk membuat latihan iaitu membuat slide powerpoint menggunakan perisian tersebut. Bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg Surau, kelas ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang yang telah disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Utan Aji. Kelas Microsoft Powerpoint 2013 ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan perisian Microsoft Powerpoint, mendedahkan kaedah membuat slide dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Powerpoint 2013 untuk tujuan pembelajaran.
- Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih mahir bagi memudahkan mereka pada masa hadapan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Latihan membuat slide memgunakan Ms Power Point.
- Menggumpul data ataupun gambar berkaitan diri sendiri seperti hobi, sekolah, cita-cita, dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: