Kursus Kecantikan Mary Kay
19 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2017, Pusat Internet Pokok Jawi telah menganjurkan Kursus Kecantikan Mary kay. Kursus ini diadakan untuk Wanita yang ingin kelihatan cantik, anggun dan menawan. Hanya 8 orang peserta sahaja yang terpilih untuk menyertai Kursus ini. Mereka di ajar bagaimana untuk membuat facial muka dan teknik asas solekan secara terperinci.
Bengkel bermula pada pukul 9.00 pagi. Langkah pertama,para peserta diajar bagaimana mengenali jenis kulit muka masing-masing, seterusnya cara membersihkan dan merawat wajah dengan produk yang bersesuaian seperti makeup remover, pencuci muka, scrub, penyegar dan pelembap. Ketika sesi ini dijalankan, mereka diberi penerangan yang jelas kenapa perlu menjaga kulit wajah dan penampilan diri. Kemudian mereka diajar teknik asas solekan. Tenaga Pengajar dari Mary Kay memperkenalkan barang-barang solekan dan fungsinya seperti cc cream, foundation, lipstik dan lain-lain lagi. Mereka juga diajarkan teknik solekan yang betul, seperti teknik memakai cc cream dan foundation. Beberapa video dipaparkan untuk dijadikan contoh kepada peserta yang terlibat.
Dengan adanya bengkel seperti ini, wanita dapat pelbagai ilmu kecantikan dan penampilan diri. Mereka juga boleh berkongsi ilmu tersebut bersama wanita dan suri rumah yang lain. Bengkel tamat pada pukul 1.00 petang di akhiri dengan aktiviti bergambar bersama sebagai tanda kenangan. Semua peserta kelihatan gembira dan berseri-seri menyertai bengkel kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: