Kelas Menghasilkan Sampul Duit Raya
19 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 June 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas kreatif untuk menghasilkan sampul duit raya. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang merupakan penduduk komuniti dan ahli PI. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara menghasilakan sesuatu yang kreatif dalam menggunakan pencarian maklumat melalui ICT dan penghasilan melalui kreativiti sendiri. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT namun digunakan secara prihatin dan lebih efisian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: