Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Dan Advokasi KDB
13 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2017 , telah berlangsung Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Advokasi KDB. Majlis ini diadakan di Kampung Lat 1000 Simpang Empat Perlis. Majlis ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 Petang. Antara aktiviti yang diadakan Word Search KDB, Crossword KDB, Sukaneka, 1000 langkah, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti kanak-kanak.
Majlis ini mendapat kunjungan oleh YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim Menteri di JPM dan YB NurulHisham Yaakob Adun Simpang Empat Perlis. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: