Program Intervensi Domain Ekonomi & Teknologi Komunikasi - Program E Usahawan Dan Celik ICT
11 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2017, telah berlangsung PROGRAM INTERVENSI DOMAIN EKONOMI & TEKNOLOGI KOMUNIKASI - PROGRAM E USAHAWAN DAN CELIK ICT kerjasama diantara P1IM Maxis Perlis dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) . Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Program ini ni adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital. Selain itu, program ni juga dijalankan bagi memberi kesedaran kepada komuniti akan pentingnya keselamatan ICT terhadap golongan kanak-kanak dan remaja. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: