Ceramah Kesedaran Penyampaian Maklumat Dalam Media Sosial
22 November 2017 | Aktiviti Terkini21/11/2017: Ceramah Kesedaran Penyampaian Maklumat Dan Media Sosial telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini disertai oleh semua Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis bersama wakil daripada Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Program ini dibahagikan kepada 4 slot iaitu:
- Teknologi Dan Anda
- Online Grooming
- Maklumat Palsu
- Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital
Seramai 50 orang pelajar daripada Sek. Men Keb. Derma dan Sek. Men. Keb. Agama Perempuan Kangar terlibat dalam menjayakan program ini. Setiap slot disampaikan oleh pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia dan wakil daripada Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan tentang taklimat Klik Dengan Bijak disamping mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada para pelajar yang ratanya tinggal di kawasan Kangar. Hal ini dapat membuka minda golongan pelajar untuk mendekatkan diri dengan program ICT di PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: