Kelas Menghasilkan Poster
4 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jun 2017, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas penggunaan Microsoft Office yang merangkumi penggunaan basic aplikasi tersebut kepada komunitit kampung. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang merupakan penduduk komuniti dan ahli PI. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Website kerajaan untuk diaplikasikan dalam kerja-kerja yg diberikan seperti pengemaskinian maklumat pelajar. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT namun digunakan secara prihatin dan lebih efisian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: