Kemaskini Maklumat Murid (Staf Kemas)
11 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Februari 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg telah mengadakan kelas kepada staf-staf KEMAS berkaitan cara untuk mengemaskini maklumat murid. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 3 orang Pemaju Masyarakat dari tabika sekitar Kg Surau dan berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengemaskini maklumat murid dalam talian. Kelas ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: