Kelas Microsoft Word
14 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Februari 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini disertai oleh 10 orang peserta penduduk setempat dan berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta berkenaan cara-cara penggunaan Microsoft Word serta membiasakan diri mereka dengan penggunaan komputer. Kelas ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk mendalami bidang ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: