Pameran Kdb Karnival Cinta Negara Btn Perlis
29 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Februari 2016, telah berlangsung Karnival Cinta Negara BTN Perlis di C-mart Arau Perlis. Antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Perlis adalah pameran klik dengan bijak dan aktiviti sampingan lain seperti kuiz. Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah satu kempen yang diadakan berpandukan Prinsip- prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni" yang harus diterapkan dalam penggunaan teknologi masa kini sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Melalui program ini juga, Pusat Internet 1 Malaysia berpeluang melakukan aktiviti bersama komuniti dan dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: