dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Santai Bersama Rakyat Sempena Hari Kesihatan Sedunia

24 April 2015 | Aktiviti Terkini

Tanggal 23 April 2015 menjadi tarikh bersejarah apabila Pusat Internet Kg Surau menjadi lokasi pilihan bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Cawangan Perlis yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Raja Puan Muda, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Program tahunan yang di anjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan dipengerusikan sendiri oleh Pengurus Pusat Internet Kg Surau, Husni Bin Aziz telah membantu dalam mempromosikan PI kepada orang ramai disamping dapat merapatkan hubungan antara masyarakat dengan organisasi PI kepada seluruh penduduk Kampung Surau secara am nya. Keprihatinan DYTM Tuanku Raja Muda yang telah sudi mencemar duli bagi terllibat dalam aktiviti kayuhan basikal, lawatan ke PI dan sesi penyerahan alat pemeriksaan kesihatan kepada JKKK di sambut meriah oleh semua pihak. Turut hadir mengiringi DYTM Tuanku Raja Muda ialah Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Zaini Bin Hussin dan Penolong Pengarah KEMAS, Encik Iza'an Shazwan Bin Sharif.

Majlis bermula tepat jam 5.00 petang yang dimulakan dengan Senaman Aerobik telah berakhir sekitar jam 7.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.