dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mesyuarat Bersama Pengarah dan Ketua-ketua Pusat Giatmara Perlis

23 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama Pusat Internet 1 Malaysia Perlis telah menghadiri satu mesyuarat penting di ibu pejabat Giatmara Perlis. Mesyuaarat ini dihadiri oleh Pengarah Giatmara Perlis sendiri bersama dengan Ketua-ketua Pusatnya.

Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan kerjasama diantara Giatmara Perlis dengan Pusat Internet 1 Malaysia Perlis. Dari mesyuarat tersebut ternyata telah mendapat kata sepakat diantara kedua pihak dalam isu topik pemasaran online. Dimana, staf pusat Internet 1 Malaysia Perlis akan menjadi tenaga pengajar kepada pelajar Giatmara bagi subjek tersebut khususnya.

Dengan adanya kerjasama ini, ia dilihat sebagai satu platform yang baik dalam menjalinkan hubungan antara kedua pihak. Selain itu, ia juga dapat dijadikan sebagai langkah yang besar dalam memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia yang mana ia mempunyai pelbagai fungsi dan tidak hanya untuk penggunaan internet semata-mata.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.