dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Aplikasi Dan Robotik (MCMC)

23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2016 Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Wilayah Utara telah berjaya menganjurkan Bengkel Aplikasi Dan Robotik. Bengkel ini telah dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer. Antara Pusat Internet 1 Malaysia yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah:

  1. - Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau

  2. - Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan

  3. - Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau

  4. - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Ayer (Celcom)

  5. - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping (Celcom)

  6. - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Rimba Mas (Celcom)

  7. - Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Tangga (Celcom)

Seramai 26 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti program ini. Mereka terdiri dari pelajar yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Di dalam program ini, pelajar di ajar teknik mencipta robot menggunakan lego. Semua kelengkapan untuk mencipta robot telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Setelah penerangan selesai, pelajar dibahagi kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan perlu memasang robot yang disediakan.

Selesai proses pemasangan robot, pelajar di ajar untuk menggerakkan robot. Bagi menggerakkan robot, pelajar perlu menggunakan komputer yang mana telah diprogramkan dengan aplikasi tersebut.

Bagi kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan paling cepat, mereka diberi hadiah berupa:

  1. Tempat Pertama - RM 250.00 dan bunga

  2. Tempat Kedua - RM 200.00 dan bunga

  3. Tempat Ketiga - RM 150.00 dan bunga

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 6.00 petang dengan jayanya. Semua pelajar amat berpuas hati sepanjang program berlangsung. Semua pelajar mendapat sijil penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.