dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT Bersama Pelajar Tabika

03 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan Kelas ICT kepada Pelajar Tabika Kemas Kampung Surau. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 8 orang peserta dan kelas tersebut berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan asas berkaitan komputer kepada pelajar tabika tersebut. Dengan adanya penyertaan seperti ini, dilihat para pelajar ini menunjukkan minat terhadap penggunaan komputer. Malah memberi respon yang baik sepanjang proses pembelajaran ini berlaku. Melalui pendedahan ini, ia mampu mendidik para pelajar tabika menjadi seseorang yang celik IT dan mampu bersaing dengan pelajar di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.