Kelas Asas Microsoft Word

7 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Oktober 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas Asas Microsoft Word iaitu pengenalan asas fungsinya dan cara menggunakan Microsoft Words. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Words dalam pengurusan pekerjaan secara teratur. Peserta mempelajari bagaimana untuk membuat resume yang baik dan juga cara untuk membuat proposal perniagaan.

Dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana cara untuk mengupload file resume ke laman sesawang pekerjaan yang dipohon dan peserta didedahkan cara untuk mecari pekerjaan yang dipercayai secara atas talian.Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali