Tayangan Video Sains Reka Cipta (Pembuatan Roket) Kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Surau

8 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program tayangan video Sains dan reka cipta pembuatan roket bersama murid-murid tabika KEMAS Kg. Surau . Tayangan video yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak bagaimana cara pembuatan roket dan cara bagaiman roket itu meluncur menggunakan kaedah sains. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar tabika lebih celik ICT serta mengetahui kaedah sains dalam kehidupan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali