Program Bersama Perpustakaan Awam Perlis (Kelas Asas Tiktok)

30 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2023, Perpustakaan Awam Perlis telah menjemput Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bersama Rakan Digital untuk menghadiri program pesta buku bagi tahun 2023. Penganjur telah meminta wakil dari PEDi untuk mengajar Kelas Asas Tiktok. Kelas ini disertai oleh orang awam sekitar Perlis. Program ini telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan program tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Tiktok dalam membuat konten dan sebagainya. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali