Program Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Tabika Kemas Kampung Surau

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau telah dijemput untuk berkolaborasi bersama Tabika KEMAS Kg. Surau sempena program Sambutan Hari Kemerdekaan 2023. Program tersebut telah diadakan di Tabika KEMAS Kg. Surau. Antara pengisian program adalah aktiviti mewarna bersama ibu bapa, peragaan baju tercantik dari kanak-kanak tabika bertemakan warna bendera Malaysia, pertandingan lipat tongkolok, pertandingan permainan pendidikan bersama kanak – kanak tabika dan pelbagai.

Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara ibu bapa dan anak dan ianya juga dapat mengasah bakat kanak-kanak dan ibu bapa. Selain itu, AJK Kg. Surau juga turut bekerjasama dengan membantu menjayakan program berkenaan. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memperkenalkan PEDi kepada komuniti serta mepromosikan perkhidmatan yang PEDi sediakan kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali