Taklimat Program Microsoft Skills for Job Bersama Malaysia

11 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan telah dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat yang dianjurkan oleh Biji – biji Iniative. Taklimat tersebut telah diadakan secara virtual telah berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan dihadiri staff PEDi seluruh Malaysia. Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan program Microsoft skills for Job Bersama Malaysia.

Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan Microsoft skill, cara pendaftaran, syarat-syarat kelayakkan dan tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna. Program ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali