Kelas Asas Pemasaran Digital (Facebook)

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023, Kelas Asas Pemasaran Facebook telah diadakan di PEDi Kg Surau. Kelas ini disertai oleh usahawan sekitar Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini telah dikendalikan oleh wakil dari Rakan Digital PEDi Kg. Surau dan juga kakitangan PEDi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi pemasaran facebook untuk memasarkan produk jualan.

Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali