Bengkel Malaysia ICT Volunter (MIV) – Institute of Higher Learning (MIV – IHE)

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2023, – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis telah menganjurkan Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) bersama komuniti. Pada kali ini program MIV berkolaborasi bersama Institut Pengajian Tinggi Awam iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis. Tujuan program ini adalah membantu komuniti setempat mengenali program-program yang dianjurkan oleh pihak SKMM serta membantu mereka lebih celik ICT dalam era terkini.

Dalam program ini peserta diberi pendedahan cara untuk mengedit video menggunakan aplikasi Capcut. Selain itu peserta juga diberi peluang untuk belajar mengedit video menggunakan greenscreen. Selain itu juga, dengan kewujudan program ini, dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Tambahan lagi, peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian terutamanya bagi mereka yang mempunyai perniagaan mahupun content creator.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali