Kelas Berniaga dengan Shopee

9 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei 2023, Kelas Berniaga dengan Shopee telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh usahawan setempat yang merupakan usahawan Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Shopee untuk memasarkan produk jualan.

Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali