Kelas Asas ICT & Website

18 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas Asas ICT iaitu pengenalan komponen komputer serta fungsinya dan Website. Kelas yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan komponen komputer dengan baik serta melayari website dalam pengurusan pekerjaan. Peserta mempelajari bagaimana untuk membuat resume yang baik dan juga cara untuk membuat proposal perniagaan.

Dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana cara untuk mengupload file resume ke laman sesawang pekerjaan yang dipohon dan peserta didedahkan cara untuk mecari pekerjaan yang dipercayai secara atas talian.Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan internet di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali