Program Go Green bersama Tabika Kemas Kg. Surau

4 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau telah menyertai program Go Green bersama Tabika Kemas Kg. Surau bersempena Hari Keputeraan Raja Perlis. Program ini dijalankan di kawasan Tabika dan PEDi Kg Surau. Program ini telah disertai oleh ibu bapa pelajar Tabika Kemas juga merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sendiri dan program tersebut berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Penanaman pokok disekitar Tabika Kemas dan PEDi Kg Surau telah dilakukan ketika program ini berlangsung. Melalui program ini, ia dapat mempromosikan PEDi serta mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali