Kelas Microsoft Excel Bahagian I

7 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Surau telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel. Kelas yang diadakan PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft Excel dalam pengurusan perniagaan secara teratur.

Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali