Tayangan Video “Mengenali Jenis Sayuran” dan Experimen Tumbesaran tumbuh – tumbuhan bersama Kanak-Kanak Tabika KEMAS Kg. Surau

23 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2023, pihak pengurusan PEDi Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program tayangan video “Mengenali Jenis Sayuran” dan experimen tumbesaran tumbuh – tumbuhan bersama murid-murid tabika KEMAS Kg. Surau . Tayangan video yang diadakan di PEDi Kg Surau ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak bagaimana tumbesaran tumbuh – tumbuhan berlaku serta mengenali nama sayuran-sayuran. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu pelajar tabika lebih celik ICT serta mengetahui kepentingan untuk tumbesaran tumbuh – tumbuhan.

Kembali Ke Atas

kembali