Kelas Asas Aplikasi Canvas (Resume)

16 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2023, kelas asas aplikasi canva telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Surau. Kelas ini disertai oleh pencari kerja yang merupakan komuniti setempat. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3:30 petang hingga 5:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi canva bagi membuat resume untuk pelbagai permohonan sama ada permohonan pekerjaan mahupun permohonan perniagaan.

Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan penggunaan teknologi terkini supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan teknologi baharu sebagai platform untuk meluaskan lagi pengetahuan mengenai ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali