Program Bicara KPM “Jangan Salah Klik”

25 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2023 jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi telah berlangsungnya Program Bicara Klik Dengan Bijak yang bertajuk “Jangan Salah Klik”. Program ini dijalankan berkonsepkan perbincangan dan kesedaran bagi menyedari tentang berkongsi terlalu banyak informasi dan maklumat serta mengawal privasi. Selain itu dalam program ini juga membincangkan berkenaan maklumat palsu, penipuan kewangan, keselamatan komputer dan kawalan kendiri.

Progam ini diadakan secara atas talian yang diwakili oleh pihak MCMC sendiri iaitu Ts. Md. Tahir Bin Musa (Timabalan Pengarah SKMM) dalam memberikan taklimat kepada orang awam. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam yang terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia tentang penggunaan media sosial dan internet dengan betul. Program ini mengambil masa selama 2 jam dan pada akhir program ini kuiz berkaitan perbincangan juga diadakan untuk meguji kefahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali