PLK Giatmara Arau Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara dan Kursus Teknologi Automotif (TAF) Hari-2

8 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2023, pihak pengurusan Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Surau, PEDi Padang Besar Selatan dan PEDi Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Padang Besar Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara dan PLK Giatmara Arau Teknologi Automotif (TAF). Program yang diadakan di PEDi Kg Surau ini disertai oleh 17 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai Penghasilan Logo & Poster Promosi menggunakan aplikasi Canva, Asas Perniagaan Pemasaran Melalui Internet ( FB page / Whatsapp Business) dan Perbentangan hasil kerja. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran baru di dalam bidang keusahawanan dan ICT bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan produk yang mereka hasilkan didalam platform e-dagang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali