PLK Giatmara Arau Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara dan Kursus Teknologi Automotif (TAF) Hari-1

7 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2023, pihak pengurusan Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Surau, PEDi Padang Besar Selatan dan PEDi Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Padang Besar Kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara dan PLK Giatmara Arau Teknologi Automotif (TAF). Program yang diadakan di PEDi Kg Surau ini disertai oleh 17 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah mengenai Pengenalan Pusat Internet & Advokasi KDB, Pengenalan tentang eUsahawan & Pelan Perniagaan, Microsoft Word/Microsoft Excel dan Fotografi produk. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan PEDi kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali