Kelas Asas Berniaga dengan Shopee

7 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 December 2023, Kelas Asas Berniaga dengan Shopee telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan usahasama Rakan Digital. Kelas ini disertai oleh usahawan setempat yang merupakan usahawan Perlis. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara atau teknik menggunakan aplikasi Shopee untuk memasarkan produk jualan. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih cakna dengan ict dan e-commerce supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan e-commerce sebagai platform untuk meluaskan lagi perniagaan. Dengan adanya kelas seperti ini, ia boleh mengembangkan lagi produk jualan serta menaikkan pendapatan peniaga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali