PLK Giatmara Padang Besar Kursus Teknologi Automotif (TAF) Hari Ke-1

14 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2023, pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Surau telah mengadakan Program Literasi Komputer dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Kangar Kursus Teknologi Automotif. Program yang diadakan di PEDi Padang Besar Selatan ini disertai oleh 16 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah mengenai keusahawan dan pemantapan ICT. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan PEDi kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali